...madah pujangga...

"yang dilihat & diukurNya bukan sejauh mana usahamu..tapi yang diharap sejauh mana TAWAKAL,PERCAYA nan jitu..pergantunganmu padaNya..tapi tak bermakna tidak perlu berusaha..USAHALAH semampumu..tapi jangan sekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..tetapi berimanlah bahawa TAWAKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya..itulah penentu kejayaanmu..kejayaan adalah milik ALLAH..jadi pohonlah dariNya.."

Selasa, 17 Mei 2011

aku bukan cinderella!! (part 1)

" papa!! tolonglah!! kenapa buat Ara macam ni??!!" tinggi suara Fariq(angah) bila habisnya En Edzrul bersuara.
" keputusan papa muktamad! Along dan Angah jangan membantah! papa dan En Halim dah pun buat perancangannya."
" Ara perlu kahwin dengan Zaque as soon as possible." habis berkata En Edzrul terus mendaki tangga untuk ke kamar diikuti oleh Pn Amirah.
Tiada kata yang terkeluar dari mulut mungil milik gadis itu...hanya rembesan air mata menggantikan suaranya...
Nur Myzara Batrisya..orangnya secantik dan secomel namanya..namun kehidupannya tak secantik itu.
Fariq dan Farisz(along) mendekati puterinya itu..
" baby...baby jangan risau okey? nanti along dengan angah bincang lagi dengan papa ye..alright baby??" Farisz cuba memujuk Myzara yang seperti mengalami kerosakan vocal cord...Ah papa tahukah anak papa ini sedang terluka?? getus hati Farisz..
" baby nak rehat. naik dulu." usai bersalaman dengan abang-abangnya itu,Myzara mengatur langkah. longlai dan lemah langkahnya..Farisz dan Fariq menhantar langkah adiknya dengan pandangan yang kasihan..
" Along! we need to do something for her!"
" We'll try for it!"

 Hujan lebat menyembah bumi di luar rumah. Seolah-olah tahu perasaan yang dialami Myzara. Fikirannya jauh melayang ke malam di mana papanya melakukan suatu keputusan. Dia harus berkahwin! Dan orang yang akan dikahwini bukan pilihan hatinya. Lelaki itu pilihan papa! Air matanya mengalir perlahan tanpa disedari. Terasa bagai dikhianati papa sendiri apabila janji dulu tidak ditepati. 'Ahh!!! Aku tak punya pilihan lain!' getus hati Myzara. Lebatnya hujan mengingatkan Myzara betapa banyaknya air matanya berderai malam itu. Kuatnya dentuman guruh mengembalikan memori Myzara betapa berdentum hatinya tatkala En.Edzrul menyuarakan keputusannya.

" Baby..."satu suara menyapa.
" Baby..!" kali ini lebih kuat kerana sapaan pertama tidak diendahkan. Namun Myzara tetap membatu.
" Nur Myzara Batrisya!" Myzara terkejut. Terhinjut bahunya bila mendengar namanya dipanggil dengan agak kuat. Along! Angah! Tiada kata yang keluar dari mulut comel itu. Fariq dan Farisz mengambil tempat di sisi Myzara.
Nyata sekali yang Myzara tidak menyedari kehadiran mereka. Myzara hanya mendiamkan diri. Hanya sedikit senyuman diberikan pada kedua jejaka tampan itu. Fariq memandang ke arah Farisz,abang kembarnya.
' itu bukan senyuman adik along!' kata-kata itu hanya disampaikan melalui isyarat mata sahaja. Farisz mengangguk kecil.
" Baby okey?" Farisz memulakan suasana.
" Along ni..janganlah panggil baby lagi...da besarlah,malu tau. okey je..tengok,along tengok adik okey kan??" jawab Myzara dengan senyuman.
" Selama ni Baby tak pernah halang pun along and Angah panggil macam tu..kenapa hari ni pulak Baby perlu halang?? Dah tak suka kitaorang panggil macam tu ha? " Fariq menjawab bagi pihak abangnya dengan nada yang terkandung kegeraman.

Geram dengan kepura-puraan yang ditunjukkan oleh adiknya yang satu itu. Gadis yang disayanginya walaupun dulu gadis itu juga yang pernah dibencinya. Tiada istilah 'tiri' baginya kini walaupun hakikat sebenar gadis itu adalah hasil papanya bersama permpuan lain iaitu ibu tirinya. Terkesan di hati Myzara apabila nada kegeraman lahir di tiap bicara angahnya. Mendengar kata-kata itu mampu menundukkan wajahnya.
Farisz menjeling tajam pada Fariq. 'dahla hati budak kecik ni tengah rapuh,kau nak marah-marah pulak. spoil betulla angah ni' rungut Farisz dalam hati.



" Angah nak tahu apa di hati Baby je. Maaflah kalau Angah terkasar. Tapi  Angah tahu adik Angah bukan macam ni tindaknya. Yang memberontak dalam diam. Why Baby?? Why??..I want my baby back.! Dan angah tersangat tahau yang Baby tengah terluka. Angah tahu. Along tahu... Bonda ta..."
" tapi papa tak tahu!!!" Myzara memintas percakapan Fariq. Perlahan tapi masih terselit nada marah. Myzara mula menangis. Terlau pedih hatinya saat itu. Dipaksa berkahwun bukanlah keinginannya. Apatah lagi lelaki itu langsung tidak dikenalinya.
" Syhhhh....syhhhh...listen...Baby..kat sini baby ada along,ada angah. Baby jangan risau. Even Baby dah kahwin pun tapi Baby masih di bawah jagaan Along. Macam ni,Baby jangan risau lagi okey? Nanti along and angah jumpa lelaki tu and discuss ok? Man to man talk.." farisz cuba memujuk.
" Discuss ke gaduh???" perli Myzara.
" mestilah gaduh!! Dah buat adik angah menangis" selamba Fariq menjawab dan mendapat sanggahan abangnya.
" Eh..ta..takk!!! Nak bincang je. Nanti along tapis la. Kalau orangnya baik,along 'on; je. Kalau tak,'kerk' la." uajr Farisz sambil membuat gaya pancung di kepalanya. Kali ini kata-katanya bersambut dengan senyuman nipis si gadis.
" Haaaaa...that's my baby. Senyum sikit pun jadila. Janji senyum ye tak angah??" Fariq mengiyakan dengan menganggukkan kepala berulang kali ibarat burubg belatuk.
" Senyum tak perlu kata apa-apa.....senyum" Farisz menyanyikan lagu Senyum yang kini sangat popular sambil si adik kembarnya membuat gaya. Myzara tersenyum lebar melihat tingkah abang-abangnya lalu meletakkan kepala di bahu alongnya. Manja.
" Thanks along...angah..." perlahan suaranya. Dalam hatinya dia sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya malam ini Myzara dapat tidur dengan tenang. Biarlah untuk malam ini dia dapat tidur dengan aman. Dengan tenang. Lantas Myzara memejamkan matanya tatkala terasa rambutnya diusap kasih oleh si abang. Lama.
" Along...princess ni da tidur la.." muncungnya diarah pada Myzara yang lena landing di bahu Farisz.
" Angah tak faham la long kenapa papa buat macam ni. Sedangkan baby ni anak dia...hishh...Bonda ada kata apa tak?"
" Dahlah...mesti papa ada sebab tertentu. Bonda dah tak boleh nak buat apa. Papa langsung tak nak kompromi.." keluh Farisz.
" Dahlah....dahlah....Biar baby rehat. Jom!" Farisz menyelesakan kedudukan adiknya itu. Cermat sahaja tingkahnya supaya tidak mengganggu si comel itu. ' Kurniakan dia ketabahan ya Allah." doa Farisz dalam hati. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan